SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 13, 2011

SULTAN KELANTAN TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 (THE SECOND RANKING OF ROYAL HIGHNESS)

Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 42, diputerakan pada tanggal 6 Oktober 1969. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada bulan Oktober 2011 memperkenan pelantikan baginda sebagai Timbalan yang Di-Pertuan Agong ke-14 yang berkuat kuasa mulai 13 Disember 2011.

Baginda bergelar Sultan Muhammad V. Sebagai raja yang berjiwa rakyat, baginda tidak pernah kekok mencemar duli menghadiri majlis-majlis keramaian orang kebanyakan. Baginda pernah bernikah dengan Kangsadal Pipitpakdee, siswazah Universiti Mahidol yang kemudian bergelar Tengku Zubaidah Tengku Norudin. Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Sultan Muhammad V telah memberi isyarat bahawa baginda akan bertemu jodoh sekali lagi dalam tempoh terdekat.

Pendidikan awal baginda ialah di Sekolah Sultan Ismail 1, Kota Bharu dan Alice Smith International School, Kuala Lumpur sebelum sebelum berangkat ke Oakham School Rutland untuk persediaan memasuki Oxford. Baginda mengikuti disiplin pengajian Islam di Kolej St. Cross, Oxford hingga tamat pada tahun 1991. Maka, tugas sebagai imam solat bukan menjadi masalah buat baginda.

Ketika tiada acara yang membabitkan protokol, baginda gemar mengenakan pakaian kasual. Malah, ketika ke masjid, baginda lebih senang memakai jubah. Baginda sangat mementingkan ketepatan waktu...

No comments: