SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 15, 2011

ANTARA CEUPACS DAN JPA: PILIH YANG MANA? (CROSSROAD AND DILEMMA IN SBPA)

Persidangan Ceupacs di Kuala Perlis membuat keputusan membantah pelaksanaan skim saraan baru perkhidmatan awam (SBPA). Ceupacs mahu penjawat awam tidak menurunkan tandatangan opsyen setuju hingga pihak mereka berjumpa dengan Perdana Menteri 19 Disember, iaitu Isnin akan datang. Ceupacs menganggap pekeliling sulung SBPA belum jelas, dan mendesak tarikh akhir tandatangan opsyen ditunda.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula bertegas bahawa tempoh tandatangan opsyen antara 15 hingga 30 Disember ini sudah memadai. JPA menggesa kakitangan awam meneliti faedah jangka panjang yang bakal mereka nikmati. Pertimbangan opsyen SBPA harus bersifat perseorangan, tanpa pengaruh mana-mana pihak. 

Penambahbaikan opsyen SBPA juga bukanlah pelarasan gaji. Maksudnya, jika kemampuan kewangan kerajaan mengizinkan, pelarasan gaji boleh dilakukan sebagaimana zaman Pak Lah dahulu. SBPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan Sistem Saraan Baru (SSB) sebelumnya. Jauh sebelum semua itu ialah Skim Gaji Aziz yang bertahan dalam tempoh yang begitu lama.

Ceupacs menggabungkan ratusan kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam. Namun, kepimpinan Ceupacs dikuasai oleh anggota kumpulan sokongan mengakibatkan suara kumpulan tersebut lebih menonjol. Kumpulan pengurusan dan profesional pada umumnya tidak terlibat dengan pucuk pimpinan kesatuan sekerja atas alasan kemungkinan wujud konflik kepentingan sebagai pembuat keputusan organisasi.

Persepsi bahawa Ceupacs hanya mengambil peduli tentang kumpulan sokongan tidak dapat dielakkan. Misalnya, apabila kumpulan sokongan memperoleh kenaikan gaji hingga 35 peratus, Ceupacs tidak bising. Kumpulan pengurusan dan profesional hanya menikmati kadar kenaikan sebanyak 15 peratus sahaja, walaupun dari segi amaun masih tinggi.

Prinsip kos lepas kerana tempoh masa belajar yang lebih panjang, kecekapan dalam teknikaliti membuat keputusan dan kepimpinan ialah antara asas penting membezakan gaji dan upah. Perlu juga dihitung kos lepas sosial dari segi kelewatan usia perkahwinan, peluang memiliki harta tak alih dan potfolio kewangan yang lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, kelayakan akademik mestilah diambil kira.

Terdapat juga persepsi bahawa kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang menduduki jawatan utama (premier) telah mengambil kesempatan membolot kebanyakan kedudukan dan faedah menerusi SBPA.  Hakikatnya ialah tidak mudah untuk memasuki perkhidmatan PTD dan bidang ikhtisas yang lain. Saringan dan tapisan yang dilalui amat ketat.

bersambung....

No comments: