SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 16, 2011

AKHIRNYA NOVEL INTERLOK DITARIK BALIK (KELANG VALLEY FORM 5 WILL HAVE NEW NOVEL))

Kendatipun belum diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, keputusan membatalkan penggunaan novel kontroversi "Interlok" karya sasterawan negara, Dato' Abdullah Hussien sebagai novel pembelajaran komponen sastera zon Lembah Kelang (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Putrajaya) telah pun diuar-uarkan. Mungkin kepada satu pihak, hal itu ialah satu kemenangan. Kepada khalayak sastera, khususnya penulis novel berkenaan diharap dapat menerima keputusan berkenaan dengan lapang dada dan berfikiran positif.

Setelah isu membabitkan novel Interlok agak sejuk, berita yang tersiar menerusi buletin utama TV3 belum mendapat reaksi pihak-pihak yang berkepentingan. Mungkin apabila pengumuman rasmi dibuat kelak, badan penulisan dan sastera, serta sarjana persuratan Melayu akan membuat ulasan. Tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebalik episod yang penuh emosi dan sentimen bagi semua pihak yang terbabit dengan debat, hujah dan wacana tentang novel citra sejarah itu.

Novel Interlok, terbitan asal tahun 1971 menggambarkan realiti proses pembentuk masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada era sebelum merdeka. Tiga kaum utama diwakili oleh keluarga Seman, keluarga Cing Huat dan keluarga Maniam. Pertalian dengan negara asal, iaitu China dan India juga diceritakan dengan agak terperinci.

Nampaknya novel hebat Interlok terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada murid yang belajar komsas di Lembah Kelang. Betul-betul setahun jagung sudah pun mengundur diri. Namun, kehadiran Interlok yang sebentar itu telah menghangatkan karya sastera di mata sebahagian besar masyarakat umum yang sebelumnya tidak pernah peduli tentang judul novel komsas murid sekolah menengah.

Perhatian yang diberi kepada novel Interlok begitu luar biasa. Mungkinkah ada lagi novel berbahasa Melayu akan menerima perhatian yang sama? Maklumlah novel-novel berbahasa Melayu yang hebat akan menggambarkan denyut nadi dan degupan jantung sebuah masyarakat yang penuh susila dan taat kepada ajaran agama. Moga jika ada, biarlah nilai-nilai murni yang tersirat dalam karya novel pula yang menjadi bahan bualan, perbincangan dan wacana.

Novel Interlok sangat istimewa justeru menerima garapan dan sentuhan seorang sasterawan negara yang lahir pada awal kurun ke-20. Dato' Abdullah Hussien, 91, masih memilki citra, kepekaan dan ketajaman fikiran sebagai tokoh penulisan kreatif. Penulis-penulis muda hendaknya bersedia mencontohi usaha gigih beliau...

3 comments:

Al-Manar said...

I feel extremely sorry, coupled with frustration and anger, at the soft approach taken on the controversy. We would rather deny the facts and sensitivity surrounding this book from the author's point of view and Malay readers at large.

At the same time the appeals and counter-appeals made by publics and parents, many of whom are Malays, on the question of PPSMI have been met with toughness and gusto.

p/s

If, as a very experienced teacher, yo are to coin Malay words what words would you create for the following words?

prosa, tradisional, protagonis and antagonis

princess said...

tahun 2012 dak spm at kwasan lembah kelang nnti x gne bku interlok lagi ke?

cikgu azhar said...

salam

pak hasan, yang lebih layak menjawab soalan pak hasan ialah sarjana bahasa seperti awang sariyan dan nik safiah.

semua bahasa yang berkembang akan menerima masukan kosa kata baharu secara pinjaman atau serapan, termasuk bahasa inggeris. bahasa ialah pancaran akal budi insan. kepelbagaian bahasa ialah ketetapan Ilahi. makin banyak bahasa dikuasai makin baik untuk urusan merentas ruang dan waktu, serta untuk seruan dakwah seperti laman al-manar...

princess

telah diumumkan "konserto terakhir" juga karya pengarang interlok sebagai ganti.

selamat belajar...