SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 20, 2011

"CEMPAKA PUTIH UNTUKMU" NOVEL KOMSAS TINGKATAN 3 (CROSS CULTURE FRIENDSHIP)

Sejak halaman pertama lagi, novel karya Rohani Deraman, penulis sepenuh masa dari Pasir Puteh, Kelantan, pembaca seolah-olah tersihir untuk meneruskan pembacaan. Kisah bermula apabila ayah Tini (Hartini), pegawai pertanian dipindahkan ke sebuah petempatan orang Asli di Jerantut, Pahang. Mereka sekeluarga harus meninggalkan kehidupan metropolitan Kuala Lumpur.
Kecuali Tini (sebagai pencerita, sudut pandangan pertama), mama (Sarah), Along, Angah dan Adik Amin nampak kurang selesa walaupun nakhoda keluarga, Encik Hasrul naik pangkat. Menyedari kegelisahan dan gambaran salah tentang kawasan pedalaman, papa memang pandai bergurau. Akhirnya, seisi keluarga akur.

Di tempat baru, dia mendapat kawan sekolah baharu, iaitu Ambok, Ineng dan Sinda. Tini akhirnya rapat dengan Satiah, anak Pak Morit dan Mak Sukin. Tiah kemudian diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Tini.

Tiah menghidap penyakit barah, tetapi Pak Morit berkeras untuk mendapatkan rawatan dukun, walaupun kemudian berjaya dipujuk untuk ke hospital. Tiah sangat berbakat dalam penulisan dan mencatat buku harian peribadi miliknya dengan begitu teratur. Walaupun bertarung dengan penyakit, Tiah berjaya muncul sebagai murid terbaik PMR di SMK Kuala Batu dengan pencapaian 8A dalam PMR, manakala Tini 7A, 1B.

Tini dan Tiah terpisah kerana mendapat tawaran di sekolah asrama yang berlainan. Tini menjadi mangsa fitnah hingga ditahan di lokap selama 3 hari. Kumudian papa berjaya membantu pengetua dan polis membongkar dalang pengedaran pil ecstasy di sekolah berkenaan.

Perjumpaan cuti semester antara Tini dengan Tiah rupa-rupanya buat kali terakhir. Tiah tewas dengan serangan barah. Sebagaimana pesan Tiah lewat catatan hariannya, Tini menanam cempaka putih di pusara Tiah...

Tema:  Persahabatan ikhlas antara dua kaum berlainan hingga ke akhir hayat

Latar tempat:  rumah keluarga Tini di Kuala Lumpur; kuarters kerajaan di Kampung Kuala Batu, Sekolah Menengah Kuala Batu, kelas tingkatan 3 Teratai, rumah Tiah, hospital Jerantut, rumah nenek dan pekan Pontian, Johor; bilik asrama sekolah, lokap balai polis, bilik Tini, pusara Tiah

Latar masa:

Watak dan perwatakan:

Latar masyarakat

Nilai murni: kasih sayang, keikhlasan

Persoalan

Pengajaran

Teknik plot

Gaya bahasa


bersambung...

14 comments:

bebyhani said...

salam cikgu.ni untuk tingkatan 3 tahun 2012

ksweet88 said...
This comment has been removed by the author.
Puan Cermin Mate said...

tak de ke teknik plot untuk bab 1 dgn bab 2?

Anonymous said...

adiuu.... cm mne ni..

Anonymous said...

gaya bahasa tak ada kah? :(

rohani deraman said...

Terima kasih atas komen cikgu. Sebagai penulis saya memang terharu dengan e-mail yang saya terima dari para pelajar yang belajar novel ini. tidak saya sangka novel yang saya tulis 10 tahun dulu kini berada di tangan pelajar..namun ia amat menghiris hati apabila novel itu telah dijadikan teks KOMSAS tanpa izin saya. Akibatnya, ia menimbulkan banyak masalah kerana penerbit mengaku itu hak milik dia dan royalti tidak mahu dibayar.

Anonymous said...

sungguh mengharukan kerana tuan punya badan tidak mendapat apa yang sepatutnya dapat.

Anonymous said...

Add Facebook Saya Azuan ChaliiBoy

Anonymous said...

Nama Saya Azuan,saya tinggal dekat tanjung aru,bapa siaa kayaa nehh,adaa alphardd lagi d rumaa siaa hehe,jan cemburuu aa :3 mmuuaaahh

Anonymous said...

add fb saya nur rizal, saya tnggal d'kmpung pantai, hehe.. siukk.. nmaku pepe.. :3

Anonymous said...

clement:kancang kamu ni kahh .sini wahh .. sial

Anonymous said...

c'rizal bhaa jugakk.. mama saya mw beli s4 zoom kamu ada?? hehe,

Anonymous said...

hmm~ buringg nyaa, pas ni mw mamam sma mw bobo d'rumah saya :3 hhe, hmm.. bye kamu,muahh!!

Anonymous said...

a'ah!!