SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 14, 2011

MENJELANG TAKLIMAT, TANDATANGAN SBPA: PENCEN PAKSA (TAKING THE OPTION)

Tempoh untuk meneliti dan menurunkan tandatangan skim baru perkhidmatan awam (SBPA) sebelum 30 Disember ini makin dekat. Masih banyak perkara yang belum jelas justeru bahasa dalam dokumen yang dimuat turun daripada pekeliling tawaran SBPA menerusi kementerian masing-masing bersifat agak teknikal. Maka, taklimat oleh ketua-ketua jabatan dapat memudahkan kefahaman kakitangan awam terhadap perubahan gred perjawatan, tangga gaji dan opsyen persaraan.

Setakat ini, pekeliling yang dipaparkan ialah tentang dasar dan prinsip SBPA, tetapi jadual gaji sebaris yang menjadi perhatian belum muncul. Kongres Ceupacs di Hotel Brasmana, Kuala Perlis bakal membuat keputusan tentang pendirian rasmi Ceupacs esok, 15.12.11. Sementara itu, terdapat kesatuan guru yang menggalakkan guru menurunkan tandatangan opsyen SBPA kerana kebanyakan tuntutan guru telah dipenuhi.

Guru-guru di negeri Perak bakal menghadiri sesi taklimat opsyen SBPA dan menurunkan tandatangan pada hari Selasa, 20 Disember ini. Seperti kebanyakan kakitangan awam yang lain, tumpuan pasti terarah kepada faedah dan ganjaran yang bakal dinikmati. Nampaknya guru yang baharu selesai mengawas SPM dan STPM tidak dapat bercuti panjang pada tahun ini kerana selepas sesi SBPA, mesyuarat guru bagi tahun 2012 akan dijalankan pada minggu akhir bulan ini juga.

Antara perubahan yang terdapat dalam opsyen SBPA ialah lanjutan usia bersara kakitangan awam. Jika diteliti pekeliling sulung SBPA, usia persaraan 60 tahun hanya menjadi pencen paksa bagi kakitangan baharu, manakala kakitangan sedia ada boleh memilih untuk mengekalkan usia persaraan semasa tanpa menjejaskan manfaat SBPA yang lain. Pendek kata, opsyen SBPA dan opsyen usia bersara ialah dua perkara yang berlainan.

Sila baca petikan pekeliling SBPA berkenaan bab pencen seperti tertera di bawah:


PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN

Umur Persaraan Paksa 60 Tahun

92. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa
adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56
tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur
persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan umur persaraan paksa 60 tahun seperti
di Lampiran F.

Kebolehalihan

93. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai dalam perkhidmatan,
Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan dasar pelepasan dengan izin dan menggantikannya
dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012. Pemansuhan dasar ini
membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah
persaraan dengan syarat pegawai dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam.

94. Dari segi pelaksanaan, pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan secara
bertulis mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan yang disandang bagi tujuan
menerima pelantikan baru dalam Perkhidmatan Awam. Pelepasan jawatan tersebut akan
berkuat kuasa mulai tarikh pegawai dilantik ke jawatan baru itu. Manakala, pegawai yang
akan dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan serta pegawai yang berhenti daripada Perkhidmatan Awam hendaklah meletak
jawatan.

95. Bagi pegawai yang melepaskan jawatan atau meletakkan jawatan dan kemudiannya
dilantik semula pada atau selepas 1 Januari 2012, tempoh perkhidmatan lepas yang terputus
boleh dimasuk kira bagi maksud penghitungan faedah persaraan.
Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan

96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara
pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.
Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan

97. Pegawai yang dikehendaki oleh Kerajaan untuk dibersarakan atas alasan kepentingan
negara atau demi kepentingan Perkhidmatan Awam diberi faedah persaraan yang dikira
berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah pegawai itu berkhidmat sehingga mencapai
umur persaraan paksa yang terpakai baginya.

bersambung...

No comments: