SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 20, 2011

CAKAP-CAKAP SETELAH TURUN TANDATANGAN SBPA (DIFFERENT ANGLE WITH DIFFERENT STROKE)

Ipoh, Rabu: 21.12.11 / 25 Muharram 1433

Ketika ini sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah di negeri Perak sudah menandatangani opsyen SBPA dan opsyen pencen paksa. Namun, kesabaran mereka sedikit teruji apabila berlaku kelewatan dari segi penerimaan borang opsyen, khususnya bagi sekolah menengah. Maklumlah, pihak Jabatan Pelajaran Negeri harus mencetak dua salinan asal tawaran bagi setiap orang guru dan kakitangan.

Khabarnya perkarangan JPN sudah macam lokasi pasar malam. Wakil sekolah, sama ada pentadbiran atau pembantu tadbir menunggu sejak Subuh. Ada yang sanggup bersabar hingga tengah malam asal sahaja mereka tidak mengecewakan guru dan kakitangan yang pulang dari kampung halaman atas arahan yang begitu mendadak.

Ada sekolah yang bernasib baik apabila urusan tawaran opsyen SBPA dan pencen paksa dapat diselesaikan semalam juga, walaupun ada yang terpaksa menunggu hingga lewat petang. Sebahagian lagi harus datang lagi ke sekolah hari ini justeru borang opsyen berkenaan hanya dapat disiapkan pagi ini. Sabarlah sedikit, cikgu sekalian.

Tinjauan mendapati bahawa ada guru yang sungguh ceria kerana opsyen SBPA membolehkan amaun gaji yang diterima meningkat hingga RM600 (jika dicampur dengan kenaikan tahunan opsyen SBPA), tetapi ada juga yang hanya mampu tersenyum tawar kerana hanya menikmati tambahan RM400, iaitu apabila dipinda ke skala gaji SBPA terdekat, mereka hanya memperoleh kenaikan sebanyak RM0.89. Dalam kata lain, kumpulan T5 (untuk DG44 skim SSM) turun ke T4, dengan menerima satu kenaikan gaji biasa di bawah SSM, dan satu kenaikan gaji lagi di bawah opsyen SBPA.

Ada juga sang suami yang dahulunya lebih satu mata gaji dibanding dengan isteri, kini menjadi sama. Guru DG44 yang bakal bertukar kepada DG1-2 menikmati kenaikan gaji lebih tinggi berbanding dengan DG48 (DG1-4) untuk sifir matrik gaji sebaris SBPA kali ini. Tidak mengapalah buat sementara, mungkin akan ada pelarasan dan semakan kemudian hari.

Daripada tidak dapat apa-apa, baik turun sahaja tandatangan. Pendirian sebahagian besar guru dan kakitangan itu seolah-olah memandang sepi seruan pimpinan Ceupacs supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Sesungguhnya kenaikan gaji dianggap sebagai satu cara untuk menghapuskan kesan inflasi, terutama kenaikan harga makanan yang begitu ketara.

Sebilangan guru yang pernah menerima anjakan gaji kerana memperoleh gred cemerlang (aras IV, A dalam PTK) juga tidak terkecuali harus menerima hakikat bahawa mereka kembali setara dengan rakan yang menerima pergerakan gaji biasa. Namun, mereka telah menikmati perbezaan gaji berkenaan buat beberapa tahun, bukan begitu? Macam juga pusingan roda kehidupan, sekali di atas, sekali di tepi dan sekali pula di bawah!

Ujian kesabaran yang dihadapi memerlukan jiwa besar. Rasa syukur jangan pula dilupakan atas nikmat rezeki, tidak kira banyak atau sedikit. Dari segi rezeki, pandang orang yang di bawah, tetapi dari segi ilmu dan kesarjanaan, pandanglah orang di atas kita. Wallahu a'lam...

No comments: