SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

GAMBARAN SEKOLAH MENERUSI FILEM DAN DRAMA (EDUCATION IN SHOOTING)

Legenda filem Melayu, Seniman Tan Sri (Dr) P. Ramlee pernah memegang watak sebagai Cikgu Shaari dalam "Masam-masam Manis", keluaran tahun 1966. Penggambaran dibuat di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang, sebuah sekolah yang bermula dengan atap rumbia sekitar tahun 1883. Dialog "hari-hari cikgu main bola" yang disuruh ulang akhirnya bertukar pula menjadi "hari-hari cikgu tidur" masih dianggap ujaran kelakar yang klasik.


Pengaruh P. Ramlee masih kekal hinggakan bilik mesyuarat yang digunakan oleh beliau sebagai guru besar ketika babak mesyuarat guru dinamakan sebagai Bilik Mesyuarat Tan Sri P. Ramlee. Walaupun banyak lagi penggambaran filem dan drama juga menggunakan kawasan sekolah, tetapi tidak mungkin dapat menandingi lakonan seniman legenda itu. Babak di sekolah tidaklah banyak, tetapi impak yang ditinggalkan oleh P. Ramlee masih menjadi rujukan dan sebutan warga pendidik.

Di Barat, banyak filem yang bertema high school, namun masih belum dapat memadamkan filem rujukan To Sir With Love lakonan Sydney Poitier, terbitan tahun 1967, setahun kemudian daripada "Masam-masam manis". Filem berkenaan sering diulang tayang sempena sambutan hari guru. Begitu juga dengan Grease lakonan John Travolta yang lebih menjurus kepada pergaulan bebas pelajar sekolah tinggi.

Di Indonesia, beberapa filem hebat tentang sekolah dan pendidikan mencatat kutipan pecah panggung seperti "Laskar Pelangi" dan kisah pesantren lewat karya Habiburrahman el-Shirazy seperti "Ketika Cinta Bertasbih" dan "Dalam Mihrab Cinta". Terkini, kisah perjuangan membina sekolah menerusi filem Love Story lakonan Irwansyah dan Acha Saptriasa. Kalau sinetron, memang banyak sekali memaparkan cerita budak sekolah golongan kaya yang memandu BMW.

Drama tempatan tentang sekolah yang pernah meraih anugerah ialah "Cikgu :Limau Kasturi" lakonan Haron Aminar Rashid bin Salim (Harun Salim Bachik). SK Limau Kasturi ialah sebuah sekolah pedalaman dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Jujurnya, penulis blog (PB) belum sempat menonton drama "Cikgu Limau Kasturi".

Gambaran tentang guru, murid dan sekolah dalam drama dan filem sudah pasti tidak akan sama dengan keadaan sebenar. Semua penonton juga tahu kerana mereka punya pengalaman peribadi yang panjang di sekolah. Kita tunggu filem terbitan warga pendidikan yang sarat dengan nilai-nilai murni, tanpa adegan kontroversi...

No comments: