SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 8, 2011

PERUBAHAN GRED PERJAWATAN GURU SBPA (NEW GRADING FOR TEACHERS)

Teka-teki tentang sistem saraan baru perhidmatan awam (SBPA) hampir menuju titik noktah. Namun, perkara yang lebih menarik minat penjawat awam ialah matriks gaji dan perubahan emolumen yang bakal diterima. Nampaknya, perincian berkenaan belum lagi kelihatan.

Dengan SBPA, terdapat perubahan pada kategori guru dan gred gaji jika bersetuju menurunkan tandatangan opsyen sebelum hujung bulan ini. Bagi guru siswazah, penyandang jawatan gred 41 dan 44 sedia ada dikategorikan sebagai guru biasa, masing-masing bertukar kepada DG1-1 dan DG1-2. Kumpulan yang berada pada gred DG48 dan DG52 akan masuk dalam kategori guru kanan pada gred DG1-4 dan DG1-5.

Guru yang berada pada gred DG54 pula akan bergelar guru wibawa pada gred DG1-6. Penyandang gred khas C (guru cemerlang) pula akan bergelar pendeta guru dengan gred khas. Bagi jawatan pentadbiran dan pengurusan tertinggi pula mempunyai kategori jawatan yang berbeza walaupun gred gaji mungkin masih sama.

Bagi penyandang diploma, gred DGA29 bertukar kepada DG2-1; DGA32 kepada DG2-2 dengan gelaran guru biasa. Guru pada gred DGA34 beralih ke gred DG2-3, manakala DGA38 ke gred DG2-5. Kedua-dua gred berkenaan bergelar guru kanan.

Dari segi penilaian prestasi tahunan di bawah Prospek, guru pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), manakala guru yang menyandang jawatan pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan akan dinilai juga dengan Pembangunan Kompentesi dan Potensi (BKP) sebagai tambahan kepada BKP. Bagi mengiktiraf bakat-bakat terbaik perkhidmatan awam, idea inovatif dan sumbangan aktif di luar tugas rasmi akan diberi merit tertentu. Guru Kanan DG1-4 yang hendak dicalonkan ke jawatan guru wibawa (DG1-5) hendaklah menunjukkan kecemerlangan yang sangat terkemuka yang ditetapkan.

Proses naik pangkat tidak semata-mata bergantung kepada kekosongan jawatan, tetapi berdasarkan kriteria kecemerlangan yang disebutkan, selain mendapat perakuan ketua jabatan (pengetua). Pencalonan akan dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat perkhidmatan pendidikan. Bagi guru siswazah, tempoh perkhidmatan minimum 8 + 8 + 6 + 3 tahun dari mula DG1-1 ke DG1-6 secara time-based, atau lebih cepat melalui laluan pantas; gur diploma dengan tempoh 8 + 8 + 5 tahun ke gred tertinggi.

Gaji sebaris bermakna bahawa semua guru akan menikmati pergerakan gaji tahunan biasa, kecuali jika gagal melepasi tahap prestasi yang tertentu. Dalam kes itu, kenaikan gaji akan ditahan. Tidak disebut pula tentang kelebihan penyandang ijazah tinggi, sama ada sarjana atau doktor falsafah.

Prinsip perubahan gaji ialah pada gred SBPA paling hampir dengan gred gaji semasa, sekurang-kurangnya perbezaan satu mata gaji. Tentang tangga gaji dan elaun di bawah SBPA, mungkin sedikit masa lagi bakal diumumkan. Guru yang telah lama berkhidmat dan fresh graduate akan lebih berdebar jika jurang emolumen mereka dengan guru yang lebih junior akan lebih dekat.

Laman sesawang khas SBPA dan talian hotline Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah dibuka. Portal rasmi KPM dijangka mengalami kesesakan trafik apabila ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut. Taklimat rasmi peringkat sekolah pula dijangka diadakan semasa mesyuarat pertama guru bagi tahun 2012, iaitu pada minggu terakhir bulan Disember ini.

bersambung...

7 comments:

Anonymous said...

gred yg cikgu beri tu salah rasanya. sepatutnya DG41 = DG1-1 DG44 = DG1-2
DG48 = DG1-4 dan DG52 = DG1-5. Sekian terima kasih.

cikgu azhar said...

terima kasih atas teguran. saya perbetul semula...

Anonymous said...

Guru yang berada pada gred DG54 pula akan bergelar guru wibawa pada gred DG1-6. Penyandang gred khas C (guru cemerlang) pula akan bergelar pendeta guru dengan gred khas.

saya tak berapa faham cikgu.

Anonymous said...

setahu saya guru cemerlang dah tak ada

Anonymous said...

hmmm...
kesian lah sahabat2 yang ada master tue..ingatkan dapat lah tempias..hehehe..sabo je lahhhh

Anonymous said...

Guru Master/Phd entah bila selesai.

Anonymous said...

Apa beza Guru T6 dan Guru T1-T5?