SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 7, 2011

NOVEL "6:20" TINGKATAN 3 ZON UTARA (INTRODUCING NEW NOVELS FOR FORM 3)

Akhirnya, novel komsas tingkatan 3 yang baharu muncul juga. Konsep novel berdasarkan zon masih kekal. Bagi zon utara yang merangkumi Perlis, Kedah, Perak dan pulau Pinang, judul novel Bahasa Melayu ialah "6:20" karya Siti Jasmina Ibrahim, manakala novel Bahasa Inggeris ialah The Railway Children, iaitu naskhah asal Edith Nesbit yang diceritakan semula oleh  John Escott.

"6:20" merupakan terbitan Utusan Publications berharga RM9.10, manakala The Railway Children terbitan Zirwan Sdn. Bhd. dan Oxford University Press pula berharga RM3.90. Novel "6:20" mengandungi 19 bab dengan sejumlah 246 muka surat, tidak termasuk kulit hadapan dan belakang. The Railway Children pula setebal 72 halaman tidak termasuk kulit buku.
foto penulis dari facebook beliau

Novel "6:20" ditulis oleh penulis profesional sepenuh masa, iaitu Siti Jasmina Ibrahim, yang memperoleh ijazah sarjana muda komunikasi dengan kepujian kelas pertama dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan diploma penulisan kreatif (juga dengan cemerlang) dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Beliau telah menerima pelbagai anugerah penulisan kreatif sama ada di dalam, mahupun di luar negara. Hampir semua genre sastera, iaitu cerpen, novel dan skrip drama, filem, teater dan televisyen turut beliau hasilkan.

Ciri unik novel ini bukan sahaja kerana judul "6:20" yang merujuk pukul 6.20 pagi, bahkan setiap bab menggunakan nama-nama hari dalam seminggu. Separuh daripadanya pula mencatatkan masa lebih khusus, iaitu pagi, petang atau malam. Hanya bab 11 yang berjudul "Sabtu Lagi" dan bab akhir, 19 dengan judul "Hari Ini" merupakan pengecualian.

Pada helaian ketiga novel terdapat sinopsis novel sepanjang lima perenggan. Watak utama ialah Sukma, atau nama penuhnya Nur Sukma binti Haji Syaqir (baca muka surat 8), mahasiswi pintar sebuah universiti awam tempatan. Kisah yang berkisar dalam tempoh seminggu (tujuh hari, muka surat 234) mengingatkan kita tentang novel hebat "Keluarga Gerilya" karya Pramoedya Ananta Toer yang lebih pendek masanya, iaitu 3 hari 2 malam sahaja.

Sukma curiga dengan kehadiran tetamu di hadapan pagar banglo keluarganya setiap 6.20 pagi, kemudian lesap tanpa sempat disapa. Sukma berusaha merungkai misteri itu, tetapi nyata membabitkan ibu dan rakannya sendiri. Plot cerita ditulis dengan begitu baik dan dramatik, dan berakhir dengan penuh emosi apabila Sukma pasti tentang peranan sebenar ibu dalam kumpulan WX2.

Perbincangan lanjut tentang perincian novel bakal menyusul, insya-Allah...

3 comments:

Anonymous said...

ok gak aaa sipnopsis yang ada kat atas tu.tapi kene cepat2 ler tulis semua sipnopsis yang padat yang ada kat dalam buku ni :p

Anonymous said...

Cikgu tolong cepat tulis sinopsisnya kerana dua puluh tiga minggu sahaja lagi sebelum PMR bermula ..........

Anonymous said...

jangan jadi manja...cuba usaha sendiri