SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 16, 2011

WATAK, PERWATAKAN DAN LATAR MASYARAKAT NOVEL "6:20" KOMSAS TINGKATAN 3 (INTUITION, JUDGING AND PERCEIVING)

Pendahuluan

Watak merujuk kepada nama individu dalam cerita sama ada protagonis (watak utama) atau antagonis (saingan watak utama), sampingan dan lain-lain. Perwatakan pula ialah ciri, sifat atau atribut yang ditonjolkan oleh watak menerusi peristiwa dan tingkah laku yang digambarkan dalam cerita. Latar masyarakat pula ialah kategori masyarakat yang diwakili sama ada berdasarkan tingkah laku, taraf hidup, pekerjaan, kegiatan atau kecenderungan watak.

Ringkasnya, perwatakan mesti merujuk kepada seseorang watak secara khusus, manakala latar masyarakat merujuk kepada kumpulan perwatakan berkenaan. Contohnya, perwatakan watak utama novel "6:20" ialah Sukma. Perwatakan Sukma ialah peka, maka latar masyarakat boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat yang peka, atau merujuk status Sukma, iaitu masyarakat pelajar universiti.

Perwatakan Watak Utama: Nur Sukma binti Haji Syaqir (pertama kali disebut dengan lengkap, muka surat 8)

bijak / pintar

peka / teliti / sensitif

tegas / tetap pendirian / istiqamah / asertif

tidak mudah mengalah / tidak mudah berputus asa

sikap ingin tahu yang tinggi

petah berhujah

tenang / tidak mudah panik / tidak cepat buntu / panjang akal / banyak idea

penyayang

menghormati ibu bapa

bertolak ansur / sanggup berkompromi


Perwatakan ahli keluarga Sukma

Tuan Haji Syaqir / ayah Sukma

bijak memimpin / berwibawa / berpengaruh

penyayang

pemurah / ambil berat

Puan Delia / ibu Sukma  (pertama kali disebut oleh nenek Aim, bidan yang menyambut Sukma, muka surat 174)

penyayang / ambil berat

amanah

bijak menyimpan rahsia

sanggup menanggung risiko

perisik yang cekap / licik

Perwatakan Watak Antagonis

Iskandar

degil / keras kepala

mudah dipengaruhi / tiada pendirian


Jerry

keliru

tidak kuat amalan agama

Reny  (ahli kumpulan WX2, penari tradisional Sarawak, muka surat 58)

sukar berahsia

Perwatakan Watak Sampingan

Rafiq

suka membantu

tekun belajar

Pak Rashid / pemandu keluarga Sukma

setia (kepada majikan)

Kak Ros (inspektor polis / jiran Sukma)

peramah

cekap dalam tugas

Teja

suka mengusik / bergurau

Profesor Darul  (muka surat 7)

tegas

Aim (cucu bidan yang menyambut kelahiran Sukma)

Aim (bekas pekerja ladang keluarga Rafiq)

Nenek Aim

Tuk siak (muka surat 185)

Ehsan  (muka surat 35)

Alvin (muka surat 46)

Su Ani / ibu saudara Teja / pemilik kafe Flora (muka surat 57)

Erman / ketua kumpulan Waris Cinta, kumpulan penari tradisional Sarawak  (muka surat 57)

Pak Alias / pemilik warung nasi lemak kelas A / bekas pekerja ayah Sukma (muka surat 124)

perbincangan penuh bakal menyusul...

3 comments:

Anonymous said...

ada sinopsis tak? :D

Anonymous said...

Tq cikgu kerana menyebarkan ilmu

intan abd wahab said...

assalam....
saya dh mncari dibeberapa buah kedai buku komsas 6:20 tp msh tiada dip[asaran...hrp cikgu dpt kongsi dgn lbh bnyk lagi...